HomeInformasiKEPERLUAN MEMENUHI LATIHAN TUJUH (7) HARI SETAHUN BAGI WARGA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPERLUAN MEMENUHI LATIHAN TUJUH (7) HARI SETAHUN BAGI WARGA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah diarahkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM untuk mengikuti Dasar Latihan yang telah digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2015 yang telah menekankan keperluan semua warga kerja memenuhi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan.

Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan/Bahagian adalah dipohon untuk memastikan semua warga kerja dibawah pentadbiran tuan dapat mematuhi dan memenuhi keperluan latihan tujuh (7) hari tersebut kerana ianya merupakan sebahagian daripada KPI Ketua Jabatan/Bahagian. Mana-mana Jabatan/Bahagian yang tidak memenuhi syarat latihan akan diberikan Surat Tunjuk Sebab. Pegawai yang tidak cukup latihan dan penyelia berkenaan akan dikenakan tindakan dengan mengurangkan jumlah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) masing-masing.

Dalam keadaan ekonomi semasa, kerjasama semua Ketua Jabatan/Bahagian juga adalah dipohon untuk mengambil inisiatif bagi meningkatkan prestasi kehadiran latihan melalui pelaksanaan program seperti sesi pementoran, pembacaan buku, perkongsian ilmu, EPSA dan lain-lain pendekatan secara blended training approach. Semua bentuk latihan ini perlu direkodkan ke dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL) KPM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2014.

Ketua Jabatan adalah dimohon memastikan warga kerja masing-masing mendapat latihan sewajarnya dan memastikan perekodan dilaksanakan secara berterusan.

Tuan PPD Timur Laut

Tuan Mohamad bin Abd Samat

Scan kod di sini

WEB - WAKTU OPERASI

Lirik Lagu PPDTL

Go to top