HomeInformasi

Informasi

Kenyataan Sebut Harga STL 001 R dan STL 002 M 2016

Kenyataan Sebut Harga 2016 boleh dimuat turun di pautan ini : Iklan Sebut Harga 2016

Surat Gaji 2015

SURAT PEGERAKAN GAJI TAHUNAN 2016 (SPGT 2016)
PENGETUA / GURU BESAR/PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK,SMJK,SK, SJKC DAN SJKT (TIDAK TERMASUK SMA , SMT DAN KOLEJ VOK)


Sila Layari Blog  maklumatppdtl.blogspot.my untuk maklumat lanjut surat pergerakan gaji tahun 2016 dengan kadar segera untuk tindakan lanjut.

Ketua Unit Pengurusan Maklumat, PPD Timur Laut

Bengkel Kerja Peningkatan Kualiti Kerja Pegawai & Staf PPD Timur Laut

Bengkel Kerja Peningkatan Kualiti Kerja Pegawai & Staf PPD Timur Laut

 

Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Bengkel Kerja Peningkatan Kualiti Kerja Pegawai & Staf PPD Timur Laut adalah seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh: 2 - 4 Disember 2015

Masa: 8.00 pagi - 10.30 malam

Tempat: Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah

 

Semoga kehadiran semua pegawai dan staf PPD Timur Laut dapat memberi manfaat kepada semua warga PPD Timur Laut

Perjumpaan Khas PK HEM

Makluman pada semua Penolong Kanan HEM daerah Timur Laut

Tuan/Puan diminta hadir ke dewan Sekolah Kebangsaan Perempuan Island untuk satu perjumpaan khas berkaitan kehadiran isu hal ehwal murid seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 2 November 2015
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan SK Perempuan Island

kerjasama Tuan/Puan amat kami hargai

Sekian, terima kasih

Abdul Rashid bin Shamsudin
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Timur Laut

Mewakili:

Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad,

Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Timur laut.

KEPERLUAN MEMENUHI LATIHAN TUJUH (7) HARI SETAHUN BAGI WARGA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah diarahkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM untuk mengikuti Dasar Latihan yang telah digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2015 yang telah menekankan keperluan semua warga kerja memenuhi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan.

Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan/Bahagian adalah dipohon untuk memastikan semua warga kerja dibawah pentadbiran tuan dapat mematuhi dan memenuhi keperluan latihan tujuh (7) hari tersebut kerana ianya merupakan sebahagian daripada KPI Ketua Jabatan/Bahagian. Mana-mana Jabatan/Bahagian yang tidak memenuhi syarat latihan akan diberikan Surat Tunjuk Sebab. Pegawai yang tidak cukup latihan dan penyelia berkenaan akan dikenakan tindakan dengan mengurangkan jumlah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) masing-masing.

Dalam keadaan ekonomi semasa, kerjasama semua Ketua Jabatan/Bahagian juga adalah dipohon untuk mengambil inisiatif bagi meningkatkan prestasi kehadiran latihan melalui pelaksanaan program seperti sesi pementoran, pembacaan buku, perkongsian ilmu, EPSA dan lain-lain pendekatan secara blended training approach. Semua bentuk latihan ini perlu direkodkan ke dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL) KPM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2014.

Ketua Jabatan adalah dimohon memastikan warga kerja masing-masing mendapat latihan sewajarnya dan memastikan perekodan dilaksanakan secara berterusan.

Artikel Lagi...

Tuan PPD Timur Laut

Tuan Mohamad bin Abd Samat

Scan kod di sini

WEB - WAKTU OPERASI

Lirik Lagu PPDTL

Go to top